"JOM BERSAMA JADI SAHABAT TAWFEQ"
✨ Peluang Berwakaf di UniMAIWP : Semaikan Pahala Berpanjangan ✨
Unit Tabung Amanah Wakaf, Endowmen dan Infaq (TAWFEQ), UniMAIWP dengan rendah hati mengajak seluruh warga UniMAIWP, alumni serta ibu bapa/penjaga untuk bersama-sama menyumbang dalam Tabung Wakaf TAWFEQ.
قال النبي صلى الله عليه وسلم : ((خير الناس أنفعهم للناس)) رواه أحمد
"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada orang lain."
(Hadis Riwayat Ahmad)
✨ UniMAIWP Dilantik Sebagai Mutawalli Wakaf MAIWP ✨UniMAIWP melalui Tabung Amanah Wakaf, Endowmen dan Infaq (TAWFEQ) telah diamanahkan sebagai
Mutawalli Wakaf oleh
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Pelantikan ini memberikan hak penuh kepada TAWFEQ untuk menguruskan kutipan dan pengurusan wakaf di Wilayah Persekutuan. Ini adalah peluang terbaik untuk kita semua bersama-sama menyumbang dan memperkukuhkan lagi pembangunan ummah.
✨ Wakaf: Saham Akhirat yang Kekal Berpanjangan ✨
Sabda Rasulullah SAW:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
"إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلاَثَةٍ: صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ"
(رواه مسلم)
"Apabila mati anak Adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya."
(Hadis Riwayat Muslim)
Wakaf merupakan salah satu bentuk sedekah jariah yang terus mengalir pahalanya walaupun selepas kita meninggal dunia. Setiap sumbangan anda ke Tabung TAWFEQ adalah pelaburan abadi yang akan memberikan manfaat kepada ramai pihak dan menjadi bekalan pahala yang berterusan di akhirat kelak.
Mengapa Sumbangan Anda Penting?
Setiap sumbangan wakaf anda, manfaatnya akan disalurkan kepada pelbagai pihak melalui bantuan seperti berikut :
✅ Bantuan kebajikan pelajar yang memerlukan
✅ Penambahbaikan kemudahan dan fasiliti kampus
✅ Agihan pek makanan kepada pelajar
✅ Pembiayaan hutang pengajian pelajar
✅ Sokongan pusat dialisis
✅ Bantuan kebajikan staf UniMAIWP
✅ Menjayakan program dan aktiviti pelajar
10 Sebab Utama Kenapa Perlu Berwaqaf Bersama TAWFEQ, UniMAIWP
1️⃣Ganjaran Pahala Berterusan (Jariah)
Waqaf adalah amalan yang menjanjikan pahala berterusan walaupun selepas meninggal dunia, selagi manfaatnya digunakan.
2️⃣ Pelaburan Akhirat yang Dijamin Keberkatan
Berwaqaf di TAWFEQ, UniMAIWP adalah pelaburan terbaik untuk akhirat kerana manfaatnya disalurkan untuk kebaikan ummah.
3️⃣ Menyokong Pembangunan Pendidikan Islam
Sumbangan waqaf membantu memperkukuhkan kemudahan dan program pendidikan Islam di UniMAIWP, termasuk program Smart Tahfiz SPM.
4️⃣ Memperkasakan Aktiviti Dakwah dan Tarbiah
Dana waqaf digunakan untuk melaksanakan program dakwah, ceramah ilmiah, dan aktiviti tarbiah yang memberi manfaat kepada masyarakat.
5️⃣Menyantuni Golongan Asnaf dan Mahasiswa B40
Waqaf disalurkan untuk membantu pelajar dari golongan kurang berkemampuan agar mereka dapat meneruskan pengajian dengan lebih selesa.
6️⃣Menyediakan Kemudahan Ibadah yang Selesa
Sumbangan anda membantu menaik taraf surau dan kemudahan ibadah di kampus UniMAIWP untuk keselesaan pelajar dan staf.
7️⃣Melahirkan Generasi Ulul Albab
Waqaf menyokong usaha melahirkan pelajar yang cemerlang akademik, berakhlak mulia, dan berpegang teguh kepada ajaran Islam.
8️⃣Memperkukuh Institusi Islam di Peringkat Pengajian Tinggi
Waqaf memperkasa peranan TAWFEQ, UniMAIWP sebagai pusat kecemerlangan ilmu dan rujukan dalam bidang keislaman dan sains moden.
9️⃣Menyemarakkan Budaya Ilmu dan Inovasi Islam
Dana waqaf digunakan untuk membiayai penyelidikan, penerbitan buku, dan penganjuran program ilmiah yang memperkembangkan ilmu pengetahuan berteraskan Islam.
1️⃣0️⃣ Membina Legasi Amal yang BerkekalanBerwaqaf di TAWFEQ, UniMAIWP adalah peluang untuk meninggalkan legasi amal jariah yang akan terus memberi manfaat kepada generasi akan datang.
✨ Jom Gandakan Pahala, Ringankan Beban ✨
Dengan setiap sumbangan, anda bukan sahaja membantu mereka yang memerlukan tetapi turut menyemai saham akhirat yang berpanjangan.
Jom Berwakaf Hari Ini!
Bersama kita membina UniMAIWP yang lebih cemerlang dan sejahtera!
Unit Tabung Amanah Wakaf, Endowmen dan Infaq (TAWFEQ)
Universiti Antarabangsa MAIWP (UniMAIWP)